Friday, December 11, 2009

Aktiviti 13 : Tugasan 4 - Mini Kajian Tindakan

Berdasarkan kursus psikologi pendidikan/ kaedah mengajar / pentaksiran pembelajaran,
i) Apakah teori-teori, strategi, kaedah yang boleh diguna/diadaptasi bagi setiap masalah?
ii) Bina kerangka teoritikal, konseptual, operasional kajian.

1) Pembelajaran Koperatif

Menurut Kagan & Olsen (1992), PK merupakan aktiviti pembelajaran dalam kumpulan yang berstruktur dimana pembelajaran adalah bergantung kepada pertukaran maklumat secara sosial antara ahli-ahli kumpulan, setiap murid adalah bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri dan juga ahli kumpulannya. Johnson, Johnson, dan Holube
c (1993), menyatakan PK sebagai pembelajaran dalam kumpulan kecil terdiri dari dua hingga empat orang murid yang bersifat heterogen untuk memaksimakan pembelajaran setiap ahli kumpulan bagi mencapai matlamat bersama. Seorang lagi pakar dalam PK, Slavin (1985), menakrifkan PK sebagai startegi pengajaran melalui kumpulan kecil heterogen yang berstuktur dan sistematik, beliau mendapati ia sesuai untuk semua mata matapelajaran dan juga murid dari semua peringkat.

Walaubagaimana pun, PK bukan setakat mengumpulkan murid dalam kumpulan kecil untuk duduk bersama-sama, berkongsi bahan pembelajaran dan berinteraksi sambil menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Menurut D. W. Johnson, dan R. T. Johnson (1989) dan Kagan (1992), PK yang berkesan dalam proses pembelajaran perlu mematuhi lima prinsip utama yang berikut :

(i) Hubungan saling gantung yang positif
Setiap ahli kumpulan perlu mempunyai persepsi bahawa mereka adalah saling bergantung untuk mencapai matlamat kumpulan yang diberikan, kejayaan se
seorang ahli kumpulan bermaksud kejayaan seluruh kumpulan dan sebaliknya, kegagalan seorang ahli kumpulan
bermaksud kegagalan seluruh kumpulan, ("sink or swim together"
). Untuk mewujudkan hubungan saling positif, guru boleh merancang matlamat bersama untuk setiap kumpulan, memberi ganjaran kepada semua ahli kumpulan apabila setiap ahlinya mencapai kritiria
yang ditentukan dan setiap ahli kumpulan boleh diberi perana
nperanan Kapten, Pelari, Penggalak dan Pemeriksa.

(ii) Akauntabiliti individu

Setiap ahli kumpulan bertanggungjawab untuk menunjukkan pencapaian pembelajaran individu. Ini dapat dilaksanakan dengan penilaian berterusan terhadap pencapaian murid sama ada dengan memberi ujian kepada semua murid atau pemilihan murid s
ecara rawak dari setiap kumpulan untuk menjawab soalan dan markah yang diperolehi diberi kepada kumpulan tersebut.

(iii) Interaksi bersemuka
Untuk meningkatkan prestasi ahli kumpulan, ahli kumpulan perlu berinteraksi antara satu sama lain termasuklah berbincang, berkongsi maklumat dan memberi s
okongan kepada usaha ahli
kumpulan. Kedudukan ahli kumpulan boleh disusun supaya dapat bersemuka antara satu sama lain.


(iv) Kemahiran sosial
Kemahiran kumpulan kecil dan interpersonal adalah sangant p
enting untuk menjayakan PK. Guru perlu mengajar kemahiran-kemahiran tersebut dengan terancang dan teliti, antaranya ialah kemahiran berkomunikasi, mengurus konflik, memimpin, membuat keputusan,
mendengar, memberi galakan dan mengikut giliran. Kemahihran sosial juga adalah amat penting untuk mewujudkan interaksi yang berkesan antara ahli kumpula
n dari etnik dan budaya yang berbeza.

(v) Pemprosesan kumpulan
Ahli kumpulan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan kumpulan dari segi pencapaian matlamat. Ini membolehkan ahli kumpulan terus berfokus pada matlamat bersama, berusaha
membaiki kemahiran sosial, memastikan ahli kumpulan mendapat maklumbalas terhadap sumbangan masing-masing dan mengingatkan ahli kumpulan untu
k terus bekerjasama.

2) Teori Konstrukvisme

Menurut Bruner (1985) dan Von Glaserfeld (1980) konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia dan berpegang kepada konsep melalui pengalaman sedia ada pelajar yang akan membina kefahaman masing-masing tentang perkara yang berlaku dalam kehidupan. Dengan lain perkataan, teori ini menjelaskan bahawa setiap manusia akan menjana prinsip kefahaman dalam minda sebagai model mengikut pengalaman sedia ada supaya ia boleh disesuaikan dengan pengalaman baru yang akan diterima. Ia juga melibatkan pengaplikasian kemahiran berfikir seperti menganalisis, mengintegrasi, dan membuat refleksi serta membentuk kefahaman baru tentang sesuatu konsep dengan mengintegrasi pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru.

Dalam persekitaran pengajaran-pembelajaran konstruktivisme yang menekankan pengajaran-pembelajaran berpusatkan pelajar, guru berperanan membantu membina kefahaman pelajar melalui kaedah yang sesuai mengikut tahap kemajuan pelajar masing-masing dan memberi peluang kepada pelajar-pelajar memainkan peranan yang aktif dalam proses pengajaran-pembelajaran agar mereka dapat mempelajari sesuatu pelajaran dengan melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah.(Von Glasersfeld, 1996; Neo dan Neo, 2002; Hirumi, 2002; Coombs dan Wong, 2000). Menurut teori ini, pembelajaran adalah hasil usaha pelajar itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk mereka.

Maka, pelajar bertanggungjawab mencari pelbagai cara untuk memproses maklumat dan menyelesaikan masalah supaya mereka tidak menganggap guru sebagai pembekal maklumat tetapi hanya sebagai suatu daripada sumber pengetahuan untuk membantu mencari maklumat dan menggalakkan berfikir serta berkomunikasi. Mereka diberikan peluang untuk membuat keputusan sendiri tentang perkara-perkara yang akan mereka pelajari dan seterusnya mencapai objektif pembelajaran mereka. Akhirnya, pelajar yang dalam persekitaran pembelajaran konstruktivisme ini dapat belajar bagaimana menyerap dan memperoleh informasi baru yang dikehendaki untuk membina pengetahuan baru berasaskan pengetahuan yang sedia ada (Wong et al., 2003).

Kerangka Konseptual


Kerangka Operasional



Aktiviti 12 : Pemurnian

Berdasarkan maklum balas, buat penambahbaikan penyataan masalah, tujuan dan objektif kajian.

Tajuk : Kaedah Jigsaw dalam pengajaran dan pembelajaran

Persoalan kajian :
1) Adakah kaedah Jigsaw meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
2) Adakah kaedah Jigsaw membantu pelajar lebih memahami tajuk pengajaran?
3) Adakah kaedah Jigsaw meningkatkan kerjasama antara pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

Tujuan :
1) Meningkatkan minat, penglibatan dan kerjasama antara pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2) Meningkatkan keberkesanan penyampaian objektif pengajaran dengan menggunakan kaedah Jigsaw.

Objektif :
1) Pelajar dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan secara berkumpulan.
2) Pelajar dapat melibatkan diri secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.



Aktiviti 11 : Tugasan 2 - Jurnal

Jurnal 1
Tajuk : The effects of computer games on primary school students’ achievement and motivation in geography learning
Pengarang : Hakan Tüzün, Meryem Yılmaz-Soylu, Türkan Karakuş, Yavuz İnal, Gonca Kızılkaya

Pernyataan masalah:

1) Adakah permainan komputer dapat menarik minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran Geografi?
2) Adakah permainan komputer juga sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran subjek yang lain?

Jurnal 2
Tajuk : Implementation of problem base learning in cooperative learning groups: An example of movement of vertical shooting
Pengarang : Ahmet Zeki Saka, Ahmet Kumaş

Pernyataan masalah :

1) Apakah kesan kaedah pembelajaran koperatif dan kaedah berasaskan masalah terhadap sikap pembelajaran pelajar dalam subjek Fizik?
2) Adakah Kaedah pembelajaran kooperatif dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam subjek Fizik?

Jurnal 3
Tajuk : The effectiveness of multimedia programmes in children’s vocabulary learning
Pengarang : Joana Acha


Pernyataan masalah :

1) Apakah kaedah yang paling efektif bagi murid-murid untuk mempelajari perbendaharaan kata yang baru?
2) Adakah program multimedia sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

Aktiviti 10 : Tugasan 1 - Buku

Berdasarkan buku yang telah dibaca, bincang tentang "mengenalpasti masalah kajian tindakan".

Tajuk buku : Practical Action Research For Change (2nd Edition)
Pengarang : Richard A. Schmuck
Penerbit : A SAGE Publications Company, Thousand Oaks, California,2006

Terdapat tiga fasa yang berulang-ulang dan kitar semula dalam semua kajian yang dijalankan. Dalam buku ini, tiga fasa itu ialah permulaan, pengesanan dan penilaian. Penyelidik mengumpul data dalam ketiga-tiga fasa ini untuk mengetahui apa yang sedang dibuatnya atau memberi gambaran tentang apa yang perlu dibuat.

1) Permulaan
Dalam fasa permulaan, pengkaji perlu mengetahui apa langkah pertama yang perlu diambilnya untuk memulakan suatu kajian tindakan. Kajian terhadap tindakan boleh didapati melalui pengalaman lepas, pendapat daripada rakan sekerja, mengumpul data melalui soal selidik pemerhatian, temu ramah dan sebagainya. Penyelidik boleh mendiagnosis kemampuan, konsep, perasaan, persepsi, tingkah laku dan kemahiran pelajar.

2) Pengesanan
Sepanjang waktu pengesanan, pengkaji perlu memantau dan menyesuaikan tindakannya dengan kajiannya dari semasa ke semasa. Pengkaji boleh menemu ramah pelajar tentang reaksi awal mereka terhadap bahan kurikulum yang baru. Pengkaji juga boleh mengumpul data melalui soal selidik sekali seminggu tentang persepsi pelajar terhadap kaedah mengajar inovatif.

3) Penilaian
Semasa membuat penilaian, pengkaji boleh mengumpul data tentang keputusan kajiannya dalam masa yang tertentu contohnya dari bulan ke bulan, semester ke semester dan tahun ke tahun. Penilaian merupakan refleksi terhadap perkara-perkara yang lepas. Pengkaji boleh menguji batapa baik pelajar mengaplikasikan apa yang telah dipelajari oleh mereka melalui kaedah pengajaran yang baru. Pengkaji juga boleh menguji tahap kefahaman pelajar terhadap subjek-subjek.