Friday, December 11, 2009

Aktiviti 10 : Tugasan 1 - Buku

Berdasarkan buku yang telah dibaca, bincang tentang "mengenalpasti masalah kajian tindakan".

Tajuk buku : Practical Action Research For Change (2nd Edition)
Pengarang : Richard A. Schmuck
Penerbit : A SAGE Publications Company, Thousand Oaks, California,2006

Terdapat tiga fasa yang berulang-ulang dan kitar semula dalam semua kajian yang dijalankan. Dalam buku ini, tiga fasa itu ialah permulaan, pengesanan dan penilaian. Penyelidik mengumpul data dalam ketiga-tiga fasa ini untuk mengetahui apa yang sedang dibuatnya atau memberi gambaran tentang apa yang perlu dibuat.

1) Permulaan
Dalam fasa permulaan, pengkaji perlu mengetahui apa langkah pertama yang perlu diambilnya untuk memulakan suatu kajian tindakan. Kajian terhadap tindakan boleh didapati melalui pengalaman lepas, pendapat daripada rakan sekerja, mengumpul data melalui soal selidik pemerhatian, temu ramah dan sebagainya. Penyelidik boleh mendiagnosis kemampuan, konsep, perasaan, persepsi, tingkah laku dan kemahiran pelajar.

2) Pengesanan
Sepanjang waktu pengesanan, pengkaji perlu memantau dan menyesuaikan tindakannya dengan kajiannya dari semasa ke semasa. Pengkaji boleh menemu ramah pelajar tentang reaksi awal mereka terhadap bahan kurikulum yang baru. Pengkaji juga boleh mengumpul data melalui soal selidik sekali seminggu tentang persepsi pelajar terhadap kaedah mengajar inovatif.

3) Penilaian
Semasa membuat penilaian, pengkaji boleh mengumpul data tentang keputusan kajiannya dalam masa yang tertentu contohnya dari bulan ke bulan, semester ke semester dan tahun ke tahun. Penilaian merupakan refleksi terhadap perkara-perkara yang lepas. Pengkaji boleh menguji batapa baik pelajar mengaplikasikan apa yang telah dipelajari oleh mereka melalui kaedah pengajaran yang baru. Pengkaji juga boleh menguji tahap kefahaman pelajar terhadap subjek-subjek.

No comments:

Post a Comment