Friday, December 11, 2009

Aktiviti 13 : Tugasan 4 - Mini Kajian Tindakan

Berdasarkan kursus psikologi pendidikan/ kaedah mengajar / pentaksiran pembelajaran,
i) Apakah teori-teori, strategi, kaedah yang boleh diguna/diadaptasi bagi setiap masalah?
ii) Bina kerangka teoritikal, konseptual, operasional kajian.

1) Pembelajaran Koperatif

Menurut Kagan & Olsen (1992), PK merupakan aktiviti pembelajaran dalam kumpulan yang berstruktur dimana pembelajaran adalah bergantung kepada pertukaran maklumat secara sosial antara ahli-ahli kumpulan, setiap murid adalah bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri dan juga ahli kumpulannya. Johnson, Johnson, dan Holube
c (1993), menyatakan PK sebagai pembelajaran dalam kumpulan kecil terdiri dari dua hingga empat orang murid yang bersifat heterogen untuk memaksimakan pembelajaran setiap ahli kumpulan bagi mencapai matlamat bersama. Seorang lagi pakar dalam PK, Slavin (1985), menakrifkan PK sebagai startegi pengajaran melalui kumpulan kecil heterogen yang berstuktur dan sistematik, beliau mendapati ia sesuai untuk semua mata matapelajaran dan juga murid dari semua peringkat.

Walaubagaimana pun, PK bukan setakat mengumpulkan murid dalam kumpulan kecil untuk duduk bersama-sama, berkongsi bahan pembelajaran dan berinteraksi sambil menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Menurut D. W. Johnson, dan R. T. Johnson (1989) dan Kagan (1992), PK yang berkesan dalam proses pembelajaran perlu mematuhi lima prinsip utama yang berikut :

(i) Hubungan saling gantung yang positif
Setiap ahli kumpulan perlu mempunyai persepsi bahawa mereka adalah saling bergantung untuk mencapai matlamat kumpulan yang diberikan, kejayaan se
seorang ahli kumpulan bermaksud kejayaan seluruh kumpulan dan sebaliknya, kegagalan seorang ahli kumpulan
bermaksud kegagalan seluruh kumpulan, ("sink or swim together"
). Untuk mewujudkan hubungan saling positif, guru boleh merancang matlamat bersama untuk setiap kumpulan, memberi ganjaran kepada semua ahli kumpulan apabila setiap ahlinya mencapai kritiria
yang ditentukan dan setiap ahli kumpulan boleh diberi perana
nperanan Kapten, Pelari, Penggalak dan Pemeriksa.

(ii) Akauntabiliti individu

Setiap ahli kumpulan bertanggungjawab untuk menunjukkan pencapaian pembelajaran individu. Ini dapat dilaksanakan dengan penilaian berterusan terhadap pencapaian murid sama ada dengan memberi ujian kepada semua murid atau pemilihan murid s
ecara rawak dari setiap kumpulan untuk menjawab soalan dan markah yang diperolehi diberi kepada kumpulan tersebut.

(iii) Interaksi bersemuka
Untuk meningkatkan prestasi ahli kumpulan, ahli kumpulan perlu berinteraksi antara satu sama lain termasuklah berbincang, berkongsi maklumat dan memberi s
okongan kepada usaha ahli
kumpulan. Kedudukan ahli kumpulan boleh disusun supaya dapat bersemuka antara satu sama lain.


(iv) Kemahiran sosial
Kemahiran kumpulan kecil dan interpersonal adalah sangant p
enting untuk menjayakan PK. Guru perlu mengajar kemahiran-kemahiran tersebut dengan terancang dan teliti, antaranya ialah kemahiran berkomunikasi, mengurus konflik, memimpin, membuat keputusan,
mendengar, memberi galakan dan mengikut giliran. Kemahihran sosial juga adalah amat penting untuk mewujudkan interaksi yang berkesan antara ahli kumpula
n dari etnik dan budaya yang berbeza.

(v) Pemprosesan kumpulan
Ahli kumpulan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan kumpulan dari segi pencapaian matlamat. Ini membolehkan ahli kumpulan terus berfokus pada matlamat bersama, berusaha
membaiki kemahiran sosial, memastikan ahli kumpulan mendapat maklumbalas terhadap sumbangan masing-masing dan mengingatkan ahli kumpulan untu
k terus bekerjasama.

2) Teori Konstrukvisme

Menurut Bruner (1985) dan Von Glaserfeld (1980) konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia dan berpegang kepada konsep melalui pengalaman sedia ada pelajar yang akan membina kefahaman masing-masing tentang perkara yang berlaku dalam kehidupan. Dengan lain perkataan, teori ini menjelaskan bahawa setiap manusia akan menjana prinsip kefahaman dalam minda sebagai model mengikut pengalaman sedia ada supaya ia boleh disesuaikan dengan pengalaman baru yang akan diterima. Ia juga melibatkan pengaplikasian kemahiran berfikir seperti menganalisis, mengintegrasi, dan membuat refleksi serta membentuk kefahaman baru tentang sesuatu konsep dengan mengintegrasi pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru.

Dalam persekitaran pengajaran-pembelajaran konstruktivisme yang menekankan pengajaran-pembelajaran berpusatkan pelajar, guru berperanan membantu membina kefahaman pelajar melalui kaedah yang sesuai mengikut tahap kemajuan pelajar masing-masing dan memberi peluang kepada pelajar-pelajar memainkan peranan yang aktif dalam proses pengajaran-pembelajaran agar mereka dapat mempelajari sesuatu pelajaran dengan melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah.(Von Glasersfeld, 1996; Neo dan Neo, 2002; Hirumi, 2002; Coombs dan Wong, 2000). Menurut teori ini, pembelajaran adalah hasil usaha pelajar itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk mereka.

Maka, pelajar bertanggungjawab mencari pelbagai cara untuk memproses maklumat dan menyelesaikan masalah supaya mereka tidak menganggap guru sebagai pembekal maklumat tetapi hanya sebagai suatu daripada sumber pengetahuan untuk membantu mencari maklumat dan menggalakkan berfikir serta berkomunikasi. Mereka diberikan peluang untuk membuat keputusan sendiri tentang perkara-perkara yang akan mereka pelajari dan seterusnya mencapai objektif pembelajaran mereka. Akhirnya, pelajar yang dalam persekitaran pembelajaran konstruktivisme ini dapat belajar bagaimana menyerap dan memperoleh informasi baru yang dikehendaki untuk membina pengetahuan baru berasaskan pengetahuan yang sedia ada (Wong et al., 2003).

Kerangka Konseptual


Kerangka Operasional



Aktiviti 12 : Pemurnian

Berdasarkan maklum balas, buat penambahbaikan penyataan masalah, tujuan dan objektif kajian.

Tajuk : Kaedah Jigsaw dalam pengajaran dan pembelajaran

Persoalan kajian :
1) Adakah kaedah Jigsaw meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
2) Adakah kaedah Jigsaw membantu pelajar lebih memahami tajuk pengajaran?
3) Adakah kaedah Jigsaw meningkatkan kerjasama antara pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

Tujuan :
1) Meningkatkan minat, penglibatan dan kerjasama antara pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2) Meningkatkan keberkesanan penyampaian objektif pengajaran dengan menggunakan kaedah Jigsaw.

Objektif :
1) Pelajar dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan secara berkumpulan.
2) Pelajar dapat melibatkan diri secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.



Aktiviti 11 : Tugasan 2 - Jurnal

Jurnal 1
Tajuk : The effects of computer games on primary school students’ achievement and motivation in geography learning
Pengarang : Hakan Tüzün, Meryem Yılmaz-Soylu, Türkan Karakuş, Yavuz İnal, Gonca Kızılkaya

Pernyataan masalah:

1) Adakah permainan komputer dapat menarik minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran Geografi?
2) Adakah permainan komputer juga sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran subjek yang lain?

Jurnal 2
Tajuk : Implementation of problem base learning in cooperative learning groups: An example of movement of vertical shooting
Pengarang : Ahmet Zeki Saka, Ahmet Kumaş

Pernyataan masalah :

1) Apakah kesan kaedah pembelajaran koperatif dan kaedah berasaskan masalah terhadap sikap pembelajaran pelajar dalam subjek Fizik?
2) Adakah Kaedah pembelajaran kooperatif dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam subjek Fizik?

Jurnal 3
Tajuk : The effectiveness of multimedia programmes in children’s vocabulary learning
Pengarang : Joana Acha


Pernyataan masalah :

1) Apakah kaedah yang paling efektif bagi murid-murid untuk mempelajari perbendaharaan kata yang baru?
2) Adakah program multimedia sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

Aktiviti 10 : Tugasan 1 - Buku

Berdasarkan buku yang telah dibaca, bincang tentang "mengenalpasti masalah kajian tindakan".

Tajuk buku : Practical Action Research For Change (2nd Edition)
Pengarang : Richard A. Schmuck
Penerbit : A SAGE Publications Company, Thousand Oaks, California,2006

Terdapat tiga fasa yang berulang-ulang dan kitar semula dalam semua kajian yang dijalankan. Dalam buku ini, tiga fasa itu ialah permulaan, pengesanan dan penilaian. Penyelidik mengumpul data dalam ketiga-tiga fasa ini untuk mengetahui apa yang sedang dibuatnya atau memberi gambaran tentang apa yang perlu dibuat.

1) Permulaan
Dalam fasa permulaan, pengkaji perlu mengetahui apa langkah pertama yang perlu diambilnya untuk memulakan suatu kajian tindakan. Kajian terhadap tindakan boleh didapati melalui pengalaman lepas, pendapat daripada rakan sekerja, mengumpul data melalui soal selidik pemerhatian, temu ramah dan sebagainya. Penyelidik boleh mendiagnosis kemampuan, konsep, perasaan, persepsi, tingkah laku dan kemahiran pelajar.

2) Pengesanan
Sepanjang waktu pengesanan, pengkaji perlu memantau dan menyesuaikan tindakannya dengan kajiannya dari semasa ke semasa. Pengkaji boleh menemu ramah pelajar tentang reaksi awal mereka terhadap bahan kurikulum yang baru. Pengkaji juga boleh mengumpul data melalui soal selidik sekali seminggu tentang persepsi pelajar terhadap kaedah mengajar inovatif.

3) Penilaian
Semasa membuat penilaian, pengkaji boleh mengumpul data tentang keputusan kajiannya dalam masa yang tertentu contohnya dari bulan ke bulan, semester ke semester dan tahun ke tahun. Penilaian merupakan refleksi terhadap perkara-perkara yang lepas. Pengkaji boleh menguji batapa baik pelajar mengaplikasikan apa yang telah dipelajari oleh mereka melalui kaedah pengajaran yang baru. Pengkaji juga boleh menguji tahap kefahaman pelajar terhadap subjek-subjek.

Sunday, November 22, 2009

Aktiviti 9 : Tugasan 4 - Mini Kajian Tindakan

Matlamat :
Menggalakkan penglibatan pelajar dalam menjana idea secara individu dan berkumpulan.

Objektif:
1) Pelajar dapat bekerjasama dengan baik dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.
2) Pelajar membentangkan hasil kerja mereka.

Persoalan :
1) Adakah kaedah Jigsaw dapat membantu pelajar lebih memahami tajuk pembelajaran?

Friday, November 20, 2009

Aktiviti 8 : Tugasan 4 - Mini Kajian Tindakan

Tajuk : Kaedah Jigsaw dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Berdasarkan tajuk mini kajian tindakan, huraikan cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan individu, ahli pasukan, ahli pasukan lain serta buku dan jurnal.

1) Membuat senarai semak untuk memastikan setiap ahli kumpulan yang lain faham akan sesuatu topik.

2) Ahli -ahli kumpulan yang lain perlu membuat persediaan yang awal iaitu mencari maklumat tentang topik rakan-rakannya.

3) Guru boleh memberi tajuk-tajuk lebih awal supaya pelajar boleh mencari sumber yang lain.

4) Kaedah Jigsaw sesuai digunakan untuk kelas yang mempunyai dua waktu atau lebih.

5) Perancangan aktiviti Jigsaw yang bersesuaian dengan tahap penguasaan dan kebolehan pelajar untuk menarik minat dan penglibatan pelajar.

6) Peranan guru sebagai fasilitator untuk penstrukturan kumpulan dan pengawalan masa supaya mengurangkan konflik antara pelajar dan memastikan aktiviti dapat dilaksanakan dalam masa yang diperuntukkan dan objektif aktiviti tercapai.

Aktiviti 7 : Tugasan 4 - Mini Kajian Tindakan

Tajuk : Kaedah Jigsaw dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Berdasarkan tajuk mini kajian tindakan, huraikan kelemahan pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan pengalaman individu, ahli pasukan, ahli pasukan lain serta buku dan jurnal.

Subjek : Matematik

1) Jalan kerja bagi suatu soalan adalah panjang dan perlu memastikannya adalah betul untuk mendapat jawapan yang tepat.

2) Pembelajaran Matematik dianggap sebagai sesuatu yang sukar dan membosankan.
Dalam struktur bilik darjah tradisional, proses pengajaran dan pembelajaran Matematik lebih menekankan penghafalan formula dan latih tubi, kemahiran menjawab soalan peperiksaan dan pengajaran yang berpusatkan guru.
(Tajuk jurnal : Kesan pembelajaran koperatif terhadap sikap dan pencapaian matematik bagi murid-murid sekolah rendah di sekitar bandar Kuching.
Penulis : Koh Lee Leng, Choy Sau Kam, Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong, Seah Ai Kuan)

Subjek : Perdagangan

1) Pengajaran 'Chalk and Talk' yang membosankan dan pelajar hanya berperanan sebagai pendengar terhadap apa yang diajar oleh guru.

2) Pengajaran yang kurang melibatkan kerjasama antara pelajar sekelas.

3) Pengajaran yang kurang menggalakkan pemberian pendapat dan idea-idea pelajar.

Subjek : Sains

1) Terlalu banyak fakta yang perlu diingat dan dihafal.

2) Guru sains membuat demonstrasi atau menayangkan video eksperimen kepada pelajar-pelajar untuk menjimatkan masa kerana takut kekurangan masa untuk menghabiskan silibus pengajaran.

3) Pelajar mudah lupa dan kurang faham jika pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara kuliah.
(Tajuk jurnal: Promoting Cooperative Learning in Science and Mathematics Education: A Malaysain Persperctive
Penulis: Effandi Zakaria dan Zanaton Iksan)

4) Terdapat beberapa orang pelajar sahaja yang cuba menyuarakan pendapat dalam perbincangan yang dijalankan malangnya majoriti pelajar hanya menundukkan muka dan berdiam diri.
(Tajuk jurnal: Kepentingan pemikiran dan amalan refleksi dalam pengajaran sains di kawasan luar bandar
Penulis: Nor Hasniza Ibrahim, Johari Surif dan Muhammad Yusof Arshad)


Aktiviti 6 : Tugasan 4-Mini Kajian Tindakan

Tajuk : Kaedah Jigsaw dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan tajuk mini kajian tindakan, huraikan kekuatan pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan pengalaman individu, ahli pasukan, ahli pasukan lain serta buku dan jurnal.

Subjek : Matematik

1) Topik-topik yang diajar dalam subjek Matematik dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian kita.

2)Mengira merupakan asas kemahiran.

Subjek : Perdagangan

Subjek : Sains

1)
Banyak aktiviti boleh dilakukan dalam pengajaran sains seperti eksperimen yang boleh menarik minat pelajar-pelajar kerana dapat melakukan aktiviti sendiri.

2) Pengajaran sains boleh memperkembangkan sikap ingin tahu dan suka menyiasat.
(Tajuk jurnal: Sikap dan keyakinan guru-guru prasekolah dalam pengajaran sains awal
Penulis: Zurida Haji Ismail dan Hashimah Mohd Yunus)

Monday, November 16, 2009

Aktiviti 5

Mengapa guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan?

Guru pelatih
  • Untuk memahami situasi sebenar di sekolah(sebagai panduan pada masa hadapan).
  • Sebagai rujukan untuk menangani masalah yang bakal dihadapi di sekolah.
  • Sebagai pembelajaran seumur hidup.
  • Untuk melatih diri supaya menjadi seorang pendidik yang kreatif dan inovatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dan bermakana kepada pelajar dimana guru boleh mengaitkan pengajaran dengan kehidupan harian.
Guru novis
  • Mengenalpasti masalah yang dihadapi, punca-punca masalah dan cara-cara penambahbaikan.
  • Memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran sedia ada supaya menyesuaikannya dengan tahap penguasaan dan kebolehan pelajar.
  • Pembelajaran seumur hidup.
  • Melahirkan model insan yang mempunyai jati diri yang kuat, berketrampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi selaras dengan keperluan negara maju 2020.
  • Meningkatkan interaksi di antara guru dengan guru dan guru dengan pelajar.
Guru berpengalaman
  • Hasil dapatan daripada kajian tindakan dapat dijadikan rujukan guru pelatih dan guru novis.
  • Pembelajaran seumur hidup.
  • Menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat
    refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan.
  • Menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerja
    mereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usaha itu.
  • Menambahbaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada hingga mantap supaya berkesan kepada pelajar.
Mengapa kumpulan kami memilih tajuk ini untuk mini kajian tindakan?
  • Memberi peluang kepada pelajar belajar antara satu sama lain.
  • Meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam membentangkan hasil kerja mereka di depan kelas dan proses pengajaran rakan-rakan yang lain tentang tajuk yang diberikan.
  • Meningkatkan kefahaman pelajar melalui penerokaan sendiri terhadap tajuk yang diberikan.
  • Melatih kemahiran memimpin pelajar dengan bekerja dalam kumpulan, misalnya dari segi pembahagian tugasan, pengurusan masa, pemilihan strategi pelaksanaan dan membuat keputusan.
  • Melatih kemahiran integrasi sosial pelajar dari segi pemberian pendapat tentang pembentangan atau jawapan rakan-rakan dan penerimaan pendapat atau komen orang lain.
  • Menggalakkan kerjasama antara pelajar.
  • Membentuk proses pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada pelajar.


Aktiviti 4 : Mini Kajian Tindakan

Cadangan tajuk : Kaedah Jigsaw Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Peserta kajian : Pelajar Sains,Perdagangan dan Matematik

Setting kajian : Bilik darjah

Sunday, November 15, 2009

Aktiviti 3 : Tugasan 3 - Kolokium

Tajuk 1 :
Meningkatkan kefahaman pelajar dalam subjek biologi(nutrisi)melalui kaedah kooperatif dan animasi video

Pembentang :
Hamizah Liyana binti Anwar
Siti Noor Aini binti Alias

Adakah kajian tersebut sesuai dengan maksud kajian tindakan?
Kajian ini merupakan kajian tindakan kerana ia menepati kriteria-kriteria dalam menjalankan kajian tindakan. Kedua-dua pengkaji tersebut mengumpul data secara kualitatif dan kuantitatif. Data kualitatifnya meliputi pemerhatian guru, hasil lembaran kerja pelajar, temubual pelajar dan soal selidik. Dalam data kuantitatif pula, pengkaji menggunakan kuiz bertulis untuk menguji kefahaman pelajar tentang topik yang telah diajar.

Tajuk 2 :
Meningkatkan dan mempermudahkan kefahaman pelajar melalui aktiviti permainan monopoli bagi subjek sains dan pendidikan Islam tingkatan 4

Pembentang :
Ella Syafinaz binti Safian
Noor Mazira binti Ab. Malek

Adakah kajian tersebut sesuai dengan maksud kajian tindakan?
Kajian ini sesuai dengan maksud kajian tindakan. Metodologi yang digunakan oleh pengkaji ialah merancang,bertindak, memerhati dan membuat refleksi. Pengkaji mengumpul data melalui pemerhatian, temubual, ujian pra dan ujian pos.

Saturday, November 14, 2009

Aktiviti 2 : Tugasan 2 - Jurnal

Jurnal 1
Tajuk : Kesan permainan komputer ke atas pencapaian dan motivasi pelajar sekolah rendah dalam pembelajaran Geografi (The effects of computer games on primary school students’ achievement and motivation in geography learning)
Pengarang : Hakan Tüzün, Meryem Yılmaz-Soylu, Türkan Karakuş, Yavuz İnal, Gonca Kızılkaya

Jurnal 2
Tajuk : Pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah dalam pembelajaran kooperatif : Suatu contoh pergerakan menegak (Implementation of problem base learning in cooperative learning groups: An example of movement of vertical shooting)
Pengarang : Ahmet Zeki Saka, Ahmet Kumaş

Jurnal 3
Tajuk : Keberkesanan program multimedia dalam pembelajaran perbendaharaan kata kanak-kanak (The effectiveness of multimedia programmes in children’s vocabulary learning)
Pengarang : Joana Acha

Friday, November 13, 2009

Aktiviti 1: Ulasan Buku

APA ITU KAJIAN TINDAKAN???

The action of action research…implies change in people’s lives and therefore in the system in which they live -J. Mcniff and J.Whitehead (2000)

Action research is…conducted by…the people empowered to take action… for the purpose of improving their future action. -Richard Sagor (2005)

Kajian Tindakan adalah:

  • Suatu aktiviti profesional yang berterusan dan berkitar dimana ia perlu diintegrasikan dalam kebiasaan seseorang dan bertujuan untuk penambahbaikan.
  • Sesuatu yang praktikal kerana data yang dikumpul boleh membawa perubahan terhadap kelas atau sekolah dengan segera selepas kajian tersebut.
  • Melibatkan kerjasama antara guru dengan pelajar dan guru dengan guru. Setiap orang yang terlibat boleh mempengaruhi dan memberi sumbangan yang sama rata terhadap kajian
  • Sentiasa bersedia untuk memberi penyelesaian berdasarkan pendapat yang berlainan daripada peserta kajian tersebut
  • Bertindak sebagai agen perubahan seperti pertanyaan pelajar tentang kaedah pengajaran guru untuk mendapatkan maklum balas tentang kekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan

(Buku: Practical Action Research For Change 2nd edition)


Kajian tindakan merupakan:

  • proses di mana manusia bertanya secara individu dan secara kolektif dalam kehidupan sebenar mereka, 'Bagaimanakah saya memperbaiki dengan apa yang saya sedang lakukan untuk kebaikan semua?’
  • kajian di mana penyelidik berada dalam situasi
  • Satu nama diberi berdasarkan aliran baru-baru ini dalam pendidikan dan penyelidikan sosial di mana "Saya" diletakkan sebagai pusat dalam proses-proses pertanyaan.
  • Satu bentuk kajian diri sendiri, atau pertanyaan sebagai orang pertama.

(Buku: You And Your Action Research Project)