Monday, November 16, 2009

Aktiviti 5

Mengapa guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan?

Guru pelatih
  • Untuk memahami situasi sebenar di sekolah(sebagai panduan pada masa hadapan).
  • Sebagai rujukan untuk menangani masalah yang bakal dihadapi di sekolah.
  • Sebagai pembelajaran seumur hidup.
  • Untuk melatih diri supaya menjadi seorang pendidik yang kreatif dan inovatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dan bermakana kepada pelajar dimana guru boleh mengaitkan pengajaran dengan kehidupan harian.
Guru novis
  • Mengenalpasti masalah yang dihadapi, punca-punca masalah dan cara-cara penambahbaikan.
  • Memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran sedia ada supaya menyesuaikannya dengan tahap penguasaan dan kebolehan pelajar.
  • Pembelajaran seumur hidup.
  • Melahirkan model insan yang mempunyai jati diri yang kuat, berketrampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi selaras dengan keperluan negara maju 2020.
  • Meningkatkan interaksi di antara guru dengan guru dan guru dengan pelajar.
Guru berpengalaman
  • Hasil dapatan daripada kajian tindakan dapat dijadikan rujukan guru pelatih dan guru novis.
  • Pembelajaran seumur hidup.
  • Menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat
    refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan.
  • Menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerja
    mereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usaha itu.
  • Menambahbaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada hingga mantap supaya berkesan kepada pelajar.
Mengapa kumpulan kami memilih tajuk ini untuk mini kajian tindakan?
  • Memberi peluang kepada pelajar belajar antara satu sama lain.
  • Meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam membentangkan hasil kerja mereka di depan kelas dan proses pengajaran rakan-rakan yang lain tentang tajuk yang diberikan.
  • Meningkatkan kefahaman pelajar melalui penerokaan sendiri terhadap tajuk yang diberikan.
  • Melatih kemahiran memimpin pelajar dengan bekerja dalam kumpulan, misalnya dari segi pembahagian tugasan, pengurusan masa, pemilihan strategi pelaksanaan dan membuat keputusan.
  • Melatih kemahiran integrasi sosial pelajar dari segi pemberian pendapat tentang pembentangan atau jawapan rakan-rakan dan penerimaan pendapat atau komen orang lain.
  • Menggalakkan kerjasama antara pelajar.
  • Membentuk proses pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada pelajar.


No comments:

Post a Comment