Pembentangan Kajian Tindakan I
Tajuk :
Meningkatkan kefahaman pelajar dalam subjek biologi(nutrisi) melalui kaedah kooperatif dan animasi video
Masalah:
Pelajar kurang berminat dan kadang-kala tidak faham tentang subjek Biologi. Ini disebabkan subjek Biologi lebih kepada bentuk hafalan.Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kefahaman pelajar subjek biologi(nutrisi) melalui kaedah kooperatif dan animasi video.
Metodologi, setting kajian, sampel kajian:
Kumpulan sasaran kajian tindakan ini adalah seramai 11 orang pelajar dari kelas 4A (Al-Kharwarizmi). Pelajar tersebut dibahagikan kepada 3 kumpulan dengan setiap kumpulan mempunyai 3 atau 4 orang ahli. Kajian tindakan ini menggunakan kaedah gabungan iaitu gabungan kekuatan kualitatif dan kuantitatif untuk menjawab persoalan kajian.
Pengumpulan dan penganalisisan data:
Data kajian dikumpulkan secara kualitatif dan kuantitatif. Data kualitatif dikumpul melalui borang pemerhatian guru, hasil lembaran kerja pelajar, temubual pelajar dan soal selidik. Data kuantitatif pula dikumpul melalui kuiz bertulis.
1) Pemerhatian(borang pemerhatian guru)
Pelajar lebih semangat, berminat dan memberi respon yang memberangsangkan kerana mereka secara sukarela dan bersedia menyertai aktiviti tersebut.
2) Temubual pelajar
Pelajar lebih seronok belajar dalam kumpulan dan mereka lebih berusaha meningkatkan pencapaian.
3) Borang soal selidik
Pelajar memberi respon yang baik terhadap penggunaan animasi video kerana dapat melihat dengan lebih jelas gambaran sebenar. Manakala tugasan berkumpulan dapat membantu pelajar lebih faham mengenai topik berkenaan.
4) Kuiz bertulis
Purata markah bagi setiap kitaran adalah menunjukkan peningkatan dan secara keseluruhannya adalah sangat baik dan memuaskan.
Penganalisisan data dibuat dengan data yang telah dikumpul melalui pemerhatian, soal selidik dan kuiz bertulis.
Implikasi kajian:
Tahap kefahaman pelajar dapat ditingkatkan melalui pembelajaran kooperatif kerana mereka melibatkan diri secara aktif semasa P&P dijalankan. Penggunaan animasi video pula dapat menarik minat pelajar terhadap suatu topik yang diajar.
Apa yang dapat saya pelajari dari kajian tersebut:
Guru perlu sentiasa kreatif dalam pengajaran mereka supaya pelajar tidak berasa bosan sewaktu P&P dijalankan dan mempunyai minat terhadap matapelajaran yang diajar.
Pembentangan Kajian Tindakan II
Tajuk:
Meningkatkan dan mempermudahkan kefahaman pelajar melalui aktiviti permainan monopoli bagi subjek sains dan pendidikan Islam tingkatan 4
Masalah:
Kadang-kala pelajar tidak begitu faham tentang matapelajaran Sains dan Pendidikan Islam. Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan dan mempermudahkan kefahaman pelajar melalui aktiviti permainan monopoli bagi subjek Sains dan Pendidikan Islam Tingkatan 4.
Metodologi, setting kajian, sampel kajian:
Kajian ini dijalankan ke atas 30 orang pelajar tingkatan 4 di SMK Bandar Banting. Metodologi yang digunakan ialah perancangan, tidakan, pemerhatian dan akhirnya refleksi. Kitaran ini dilakukan secara berulang-ulang.
Pengumpulan dan penganalisisan data:
Data dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif iaitu melalui pemerhatian, temubual, ujian pra dan ujian pos.
Implikasi kajian:
Keputusan 30 pelajar tersebut bertambah baik dan ini dapat dilihat dengan membandingkan keputusan ujian pra dan ujian pos yang dijalankan. Mereka juga lebih berminat dengan topik-topik yang diajar oleh guru.
Apa yang dapat saya pelajari dari kajian tersebut:
Permainan yang dimain pada zaman kanak-kanak juga dapat digunakan sebagai alat bantu mengajar semasa di sekolah seperti dam ular, monopoli, dat dan sebagainya. Pengawalan kelas sangat penting supaya pelajar tidak terlalu bising semasa melakukan permainan untuk tujuan P&P.
Aktiviti 3: Kelas 181209- Kolokium Jan 2009
14 years ago
No comments:
Post a Comment