Konsep Kajian Tindakan
Kajian tindakan menggabungkan satu tindakan yang mempunyai kepentingan dengan satu prosedur kajian. Ia merupakan tindakan bersifat individu dan berasaskan inkuiri yang bertujuan untuk melaksanakan proses penambahbaikan dan perubahan. Kajian tindakan yang paling mudah dilakukan oleh guru adalah kajian bilik darjah (classroom research), dan proses P&P adalah dasar kepada kajian bilik darjah.
Pengertian Tentang Kajian Tindakan
Kajian tindakan juga tergolong dalam penyelidikan pendidikan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa perbezaan antara kajian tindakan dengan penyelidikan pendidikan tradisi atau konvensional yang selalu dilaksanakan dalam pendidikan. Perbezaan yang dihuraikan di sini dibataskan kepada beberapa aspek kajian tradisi yang didapati boleh menimbulkan kekeliruan dalam memahami kajian tindakan. Aspek-aspek tersebut merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan peranan penyelidik, tujuan kajian, sampel kajian serta menggunakan dapatan untuk membuat generalisasi.
Kajian tindakan adalah kajian berbentuk kualitatif. Kajian kualitatif menggunakan data dalam bentuk fakta asal seperti dilihat, didengar atau dibaca. Data berbentuk statistik (nombor) juga digunakan tetapi tidak menjadi cacat sesuatu Kajian Tindakan yang tidak menggunakan data berbentuk itu.
Peraturan yang perlu dipatuhi apabila menjalankan Kajian Tindakan ialah keempat-empat langkah asas iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek yang dilakukan secara berurutan dalam bentuk gelungan. Masalah yang dialami oleh guru-guru yang menjalankan Kajian Tindakan di sekolah dijadikan asas dalam membuat huraian dan cadangan.
Reka Bentuk & Model Kajian Tindakan
Kajian tindakan dapat dinyatakan sebagai satu kajian yang dijalankan oleh guru untuk mengenalpasti kelemahan mereka dalam amalan dan strategi pengajaran mereka. Seterusnya, proses penambahbaikan dijalankan untuk mengatasi kelemahan tersebut melalui empat langkah kajian tindakan iaitu merancang, bertindak, membuat pemerhatian dan refleksi.
Rajah 1: Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart 1988
Rajah 2: Model Kajian Tindakan Ebbutt 1985
Rajah 3: Model Kajian Tindakan Elliott 1991
Rajah 4: Model Kajian Tindakan McKernan 1996
Rajah 1: Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart 1988
Proses kajian tindakan Kemmis bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1) dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau.
Rajah 2: Model Kajian Tindakan Ebbutt 1985
David Ebbutt mendakwa bahawa bentuk pilin bukan imej yang sesuai digunakan untuk menjelaskan proses kajian tindakan. Ebbutt mencadangkan cara yang terbaik untuk menerangkan proses kajian tindakan adalah menggunakan satu siri pusingan berturut-turut iaitu dengan menyediakan kemungkinan menggabungkan maklum balas di dalam dan antara pusingan bagi tindakan. Pengertian Ebbutt adalah sama dengan model yang dikemukakan oleh penulis masa kini.
Rajah 3: Model Kajian Tindakan Elliott 1991
Idea utama Elliott ialah penyelidik membangunkan pemahaman peribadi ke atas sesuatu masalah dan pengertian abstrak itu adalah penting dalam melaksanakan tindakan (Elliott , 1987:157). Bagi John Elliott, kajian dalam pendidikan adalah satu usaha susila yang mencari dan memahami nilai-nilai dalam pendidikan. Elliott (1985a) berpendapat kajian dalam pendidikan sepatutnya menjadi bentuk kajian tindakan yang baru di mana para guru akan menjadi penyumbang utama.
Rajah 4: Model Kajian Tindakan McKernan 1996
McKernan memperkenalkan model proses masa yang menyarankan agar masalah kajian tindakan ini tidak menjadi terlalu terikat dengan masa.
Aktiviti 3: Kelas 181209- Kolokium Jan 2009
14 years ago
No comments:
Post a Comment