Tajuk : Practical Action Research For Change (2nd Edition)
Pengarang : Richard A. Schmuck
Penerbit : A SAGE Publications Company, Thousand Oaks, California,2006
Maksud kajian tindakan
Kajian tindakan merupakan suatu aktiviti profesional yang berterusan dan berkitar dimana ia perlu diintegrasikan dalam kebiasaan seseorang. Kajian tindakan adalah sesuatu yang praktikal kerana data yang dikumpul boleh membawa perubahan terhadap kelas atau sekolah dengan segera selepas kajian tersebut. Kajian tindakan bertindak seperti seorang detektif untuk menemui petunjuk tentang kesan kerja seseorang.
Mengapa guru perlu membuat kajian tindakan?
Dalam kajian tindakan, seseorang guru perlu mengkaji sesuatu situasi dengan sendiri untuk mengubah kualiti proses pengajaran dan pembelajaran serta mendapatkan suatu keputusan. Kajian tindakan membolehkan seseorang guru mengkaji perbuatan mereka supaya ia menjadi lebih efektif pada masa depan. Seseorang guru dapat menukarkan amalan yang sedia ada kepada prosedur, strategi pengajaran dan kurikulum yang lebih baik.
Pengumpulan data
1. Soal selidik
Dalam soal selidik, pelajar tidak perlu menulis nama mereka. Pengkaji dapat mengumpul data yang banyak dalam masa yang singkat. Pengkaji boleh mendapatkan sambutan daripada pelajar-pelajar untuk soal selidik yang sama dalam masa yang sama. Pengkaji juga dapat memahami idea, perasaan, tingkah laku dan nilai pelajar-palajar untuk suatu topik kajian tindakannya.
2. Temubual
Pengkaji boleh mewujudkan hubungan yang baik dengan pelajar ketika menjalankan temubual untuk mengutip data. Melalui sesi temubual, pengkaji boleh mendapatkan maklumat daripada pelajar yang tidak mahir mengeluarkan perasaan dan pemikiran mereka melalui penulisan.
3. Pemerhatian
Pemerhatian digunakan untuk mengkaji interaksi yang kompleks dalam latar sosial yang sebenar. Pemerhatian memungkinkan pengkaji merekod perlakuan yang sedang berlaku.Pemerhatian merupakan teknik yang baik apabila aktiviti, peristiwa atau situasi boleh diperhati secara langsung.
4. Dokumen
Dokumen bukan sahaja mengandungi pelbagai maklumat statistik tentang pelbagai aspek kehidupan populasi yang dikaji tetapi juga mengandungi maklumat tentang kepercayaan, budaya serta nilai yang dimiliki dan dianuti oleh masyarakat tempat yang dikaji.
Kajian Tindakan Responsif
Kajian tindakan proaktif
1. Senaraikan harapan dan kebimbangan untuk amalan yang baru. Contoh harapan ialah pelajar akan menggunakan pembelajaran kooperatif dengan berkesan. Contoh kebimbangan ialah pelajar tidak dapat bekerja dalam kumpulan dengan rakan-rakan yang lain.
2. Cuba sesuatu amalan yang baru untuk mendapatkan kesan yang berlainan ke atas pelajar atau membawa kepada keputusan yang lebih baik.
3. Kumpulkan data dengan kerap untuk mengesan reaksi pelajar dan perubahan tingkah laku mereka.
4. Kaji maksud data yang dikumpul itu. Contohnya guru yang menjalankan kajian boleh bertukar pendapat dengan rakan sekerja mereka.
5. Tindak balas ke atas jalan alternatif untuk bertingkah laku. Contohnya guru membuat refleksi terhadap sesuatu yang baru tentang perkara yang lepas, sekarang dan masa depan.
6. Memperbaiki sesuatu amalan . Contohnya untuk tugasan kumpulan yang akan datang, pelajar bekerja dalam pasangan sebelum kumpulan yang lebih besar diwujudkan.(Ulang langkah 1)
Kajian tindakan responsif
1. Kumpulkan data untuk mendiagnostik sesuatu situasi.
2. Analisis data untuk tema dan idea kajian yang dijalankan.
3. Edarkan data kepada orang lain dan umumkan perubahan yang akan dicuba itu.
4. Senaraikan harapan dan kebimbangan.
5. Cuba sesuatu yang baru untuk mendapatkan kesan yang berbeza ke atas orang lain.
6. Kumpulkan data untuk melihat tidak balas orang lain. Kumpulkan data untuk mendiagnostik situasi. (Ulang langkah 1)

Etika kajian
Tajuk buku : Modul Kursus Kajian Tindakan Dalam Penyelidikan
Penerbit : UPSI
Menurut buku ini, terdapat beberapa prinsip utama etika yang sering digunakan dalam kod etika penyelidikan dan proses penyelidikan. Prinsip-prinsip tersebut adalah:
1) Hormat kepada autonomi
Penyelidik perlu memastikan keupayaan dan perspektif serta hak individu untuk membuat pilihan sama ada untuk terlibat atau tidak dalam penyelidikan seseorang. Penyelidik perlu melayan individu dalam keadaan yang membolehkan mereka bertindak secara bebas, tanpa pengaruh dan desakan.
2) Prinsip perlindungan
Proses dan prosedur penyelidikan tidak akan menyebabkan kecederaan atau mendedahkan individu kepada risiko yang tidak munasabah hasil daripada kajian.
3) Prinsip keadilan
Manusia perlu diberi layanan yang adil memandangkan tidak semua manusia mempunyai keupayaan dan kebolehan yang sama. Penyelidik mempunyai kebebasan untuk menyiasat dan bertanya soalan, kebebasan memberi dan menerima maklumat, kebebasan mengeluarkan idea dan mengkritik idea orang lain serta kebebasan menerbitkan hasil kajian.
No comments:
Post a Comment